Pelakon asal Indonesia, Nia Ramadhani sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet selepas memuat naik foto dengan penampilan dilihat kurang sopan untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nia dilihat bersama anak sulungnya iaitu Mikhayla mengenakan gaun berwarna ungu dengan potongan agak terdedah dan seksi semasa meraikan sambutan tahun baharu 2024.
Ekoran daripada hantaran berkenaan, pelakon sinetron itu menerima kecaman dan teguran kerana tidak menjaga aurat sebagai seorang Muslim.
“Haihh sedangkan sudah bergelar Hajah tapi penampilan tidak berubah sikit pun apatah lagi untuk tatapan umum,” tulis warganet.
Memetik laporan mStar, anaknya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman gara-gara mengenakan imej yang dikatakan tidak bersesuaian dengan umurnya yang baharu sahaja berusia 11 tahun itu.
“Kasihan anak perempuan dia ajar untuk buka auratnya.
“Anak dia nak pakai baju macam orang dewasa dan macam tak sesuai dengan umurnya,” tulis warganet di media sosial. – Agensi
