Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Nia Ramadhani rayu hukuman dikurangkan

Lima bulan menjalani rawatan pemulihan dadah, pelakon Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie memohon mahkamah meringankan hukuman mereka.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah tersebut meminta dikurangkan tempoh pemulihan yang sepatutnya berlangsung selama 12 bulan.

“Saya berharap diringankan hukuman kami. Kami memohon hakim mempertimbangkan tempoh rawatan dan pemulihan yang sudah kami jalani selama lima bulan.”

Ujar Nia, dia sudah pun menyesal dengan segala perbuatannya dan banyak mendekatkan diri kepada Allah.

“Pelajaran daripada sudut agama membuatkan saya lebih berserah kepada Allah sebab sekarang saya yakin di sebalik semua kejadian ini ada hikmahnya,” katanya seperti dilaporkan Liputan 6. Selain itu, dia juga memberi alasan kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan kerana statusnya sebagai seorang ibu. – Agensi

Nia Ramadhani minta dikurangkan tempoh rawatan di pusat pemulihan. – Agensi
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda