Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niat baik disalah erti

    Tindakan pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Choi Siwon menekan tanda suka di satu hantaran Twitter mengenai isu bantahan prodemokrasi di Hong Kong menimbulkan kemarahan warganet di China.

    Rata-rata mereka berang dengan tindakan tersebut dan menuntut ahli kumpulan Super Junior itu memohon maaf secara terbuka. Memetik laporan Soompi, Choi Siwon memberitahu tindakan tersebut hanya sekadar meluahkan harapannya untuk melihat keadaan protes ganas di negara itu berakhir tidak lagi.

    “Saya suka periksa apa yang berlaku di Twitter. Saya hanya ingin menyatakan niat sebenar saya dengan harapan keadaan protes ganas itu berakhir tidak lama lagi.

    “Memandangkan kontroversi yang dicetuskan ini begitu mengecewakan kamu semua, saya dengan seikhlas hati memohon maaf,” tulisnya menerusi aplikasi Weibo. – Agensi

    Rata-rata mereka berang dengan tindakan tersebut dan menuntut ahli kumpulan Super Junior itu memohon maaf secara terbuka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda