Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NiAT bakal demonstrasi teknologi satelit

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Network Integrity Assurance Technologies Sdn Bhd (NiAT) telah mengumumkan rancangannya untuk menyertai Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-57 yang akan berlangsung pada 1 Julai ini di Penanjong Garison, Tutong.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Pegawai Pembangunan Perniagaan NiAT, Ashley Jeffre dipetik sebagai berkata, NiAT akan menjalankan demonstrasi langsung bagi penyelesaian satelit pengguna, daripada telefon satelit hingga terminal-terminal satelit dan peranti-peranti pengesanan bersaiz bola golf.

    “Kami mempamerkan penyelesaian-penyelesaian yang akan memberi jaminan dengan mengetahui bahawa anda akan sentiasa berhubung tanpa mengira di mana sahaja anda berada di seluruh dunia.

    “Dalam dunia di mana terus berhubung adalah sangat penting bagi semua orang tetapi hanya boleh dicapai jika berada dalam liputan rangkaian selular atau WiFi. Dengan penyelesaian kami, anda boleh pergi ke seluruh dunia dan tidak akan kehilangan signal kerana satelit-satelit perhubungan meliputi lebih daripada 90 peratus permukaan bumi.

    Produk BGAN Explorer 710 yang mampu menghubungkan 11 peranti sekali gus, akan didemonstrasikan di Penanjong Garison, Tutong hujung minggu ini.

    “Lebih penting, semuanya berada dalam tapak tangan, kalis air hingga IP67, ringan, dikuasakan bateri dan mampu milik,” ujarnya lagi.

    Beliau mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke petak mereka di Bahagian Pameran Statik di Padang Bola Sepak Penanjong Garison untuk mengetahui dengan lanjut mengenai pelbagai produk yang ditawarkan.

    Kenyataan menyatakan bahawa persiapan kini sedang rancak dijalankan yang akan mengetengahkan perarakan tentera, pertunjukan langsung dan pameran statik serta mempamerkan sumber-sumber dan keupayaan ABDB. Acara sehari berkenaan akan melibatkan penyertaan pelbagai vendor dan orang awam untuk meraikan dedikasi dan semangat anggota tentera. Acara berkenaan dijangka akan menarik lebih 6,000 pengunjung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda