Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NiAT bersihkan dua tanah perkuburan Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Seramai 12 sukarelawan Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan komunikasi satelit tempatan di Negara Brunei Darussalam, hari ini mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dua tanah perkuburan Islam di negara ini.

    Aktiviti membersihkan tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kupang dan Tanah Perkuburan Islam Baong dalam bulan Ramadan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat NiAT untuk lebih dekat kepada masyarakat dan menggalakkan menyertai aktiviti amal sepanjang bulan Ramadan.

    Turut menyertai acara itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed yang juga Ketua Kampung Putat serta ahli-ahli majlis perundingan kampung, Awang Maidi bin Haji Lamat dan Haji Rasadi bin Samit.

    Selepas aktiviti pembersihan, segala peralatan pembersihan yang digunakan disumbangkan kepada dua-dua tanah perkuburan untuk kegunaan penduduk kampung di masa akan datang.

    Sukarelawan NiAT ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kupang.- Gambar serahan NiAT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda