Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niat haji Raffi Ahmad dipersoal, terlalu banyak content di Tanah Suci

    Pelakon Raffi Ahmad menerima kritikan hebat warganet apabila kerap memuat naik video di media sosial sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

    Tindakan itu juga membuatkan ramai berasa ragu dengan niat sebenar dia menunaikan rukun Islam kelima itu yang seolah-olah sekadar untuk menghasilkan content media sosial.

    Ramai berpendapat, Raffi sepatutnya lebih memfokuskan kepada ibadah haji dan bukannya merakam setiap perkara sepanjang berada di sana.

    Menjelaskan dakwaan tersebut, Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, menegaskan kegiatan di media sosial langsung tidak mengganggu ibadahnya.

    “Selepas menyelesaikan rukun berkaitan haji seperti tawaf dan sa’i, pasti ada waktu rehat. Ketika itulah saya guna untuk memuat naik semua video yang dirakam ke media sosial,” katanya.

    Dalam pada itu, Raffi turut menjelaskan masa rehatnya bukan hanya digunakan untuk membuat content sebaliknya digunakan untuk berkenalan dengan jemaah haji daripada Indonesia dan negara lain.

    “Ada waktu yang kita boleh santai, kita guna untuk eratkan silaturahim. Bertemu dengan rakan-rakan jemaah lain,” jelasnya.

    Sebelum ini Raffi pernah membatalkan niat untuk menjalani ibadah haji sebanyak tiga kali atas pelbagai alasan.

    Pada 8 Jun lalu, pelakon itu berangkat ke Mekah selama 20 hari dengan ditemani isterinya, Nagita Slavina. – Agensi

    Raffi dilihat kerap memuat naik content di Instagram miliknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda