Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NICB bantu kumpul bekalan darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Sebagai salah satu inisiatif untuk menaburkan khidmat bakti dan membantu mereka yang memerlukan, National Insurance Company Berhad (NICB) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Jabatan Buruh telah mengadakan kempen menderma darah yang berlangsung di Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, kempen itu disertai pegawai dan kakitangan NICB, rakan-rakan perniagaan serta orang ramai di mana para penderma turut menerima cenderahati istimewa yang diberikan oleh NICB.

    Kenyataan itu menyatakan lagi bahawa NICB terus memainkan peranan aktif dalam kegiatan tanggungjawab sosial korporatnya di mana kempen menderma darah berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Kempen itu merupakan kempen menderma darah kedua yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.

    Kakitangan NICB semasa kempen menderma darah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda