Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, National Insurance Co Bhd (NICB) tidak ketinggalan untuk meraikan kira-kira 260 orang ejen serta rakan perniagaannya pada Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Restoran Millenium, baru-baru ini.
Menurut kenyataan dari NICB, para tetamu telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar NICB, Klaus Tomalla, pegawai-pegawai pengurusan dan kakitangan NICB di mana mereka berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa sambil beramah mesra bersama para jemputan pada majlis itu.
Sambutan Hari Raya itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ejen dan rakan perniagaan atas sokongan berterusan yang diberikan serta untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara ejen, rakan perniagaan serta kakitangan NICB.
