Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicholas Saputra cipta kelainan dalam filem muzikal

    Nama pelakon Nicholas Saputra sudah tidak asing lagi dalam dunia perfileman Asia Tenggara dan kali ini aktor berkenaan kembali mencuri tumpuan dengan filem baharu arahan pengarah legenda Indonesia, Garin Nugroho berjudul Siapa Dia.

    Dikenali ramai menerusi watak ikonik Rangga dalam filem fenomena Ada Apa Dengan Cinta, Nicholas memperlihatkan dimensi lakonan berbeza dalam Siapa Dia.

    Menerusi filem yang sarat dengan elemen muzikal itu, Nicholas membawa lebih daripada satu watak yang merentas beberapa latar masa, menuntutnya bukan sahaja untuk berlakon, malah menyanyi dan menari.

    “Saya tidak berfikir panjang saat ditawarkan berlakon dalam filem ini. Modalnya hanya keberanian. Jika difikirkan secara rasional, memang tidak masuk akal. Tetapi saya seronok mencuba sesuatu yang baru dan dapat bekerjasama dengan pemuzik yang hebat,” katanya.

    Menambah lagi keunikan filem ini, Penerbit Eksekutif, Faizal Lubis menghasilkan runut bunyi eksklusif untuk tayangan di Malaysia bertajuk Cinta Terhebat yang dipersembahkan oleh Ara Johari.

    Siapa Dia mengisahkan tentang watak Layar lakonan Nicholas Saputra, seorang pengarah filem muda yang sedang mengalami kekangan idea, namun dibantu oleh Rintik (Amanda Rawles) seorang penulis skrip.

    Ketika pulang ke rumah neneknya, Layar menemui sebuah beg berisi nota dan surat cinta dari generasi terdahulu yang membuka lembaran kisah romantik serta tragedi keluarga yang mendalam. – Agensi

    Nicholas membintangi filem muzikal Siapa Dia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda