Walaupun tidak berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, penyanyi Nick Jonas tetap memberikan kejutan istimewa buat Priyanka Chopra.
Priyanka menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 baru-baru ini di London secara berseorangan kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Citadel di sana.
Ahli kumpulan Jonas Brothers itu memberikan kejutan dengan menghadiahkan persembahan muzik klasikal oleh sekumpulan pemain biola terkenal dari Manchester.
Priyanka yang tidak menyangkakan kejutan manis itu kemudian berkongsikan momen-momen indah tersebut di laman Instagramnya.
Aktres yang kini mencipta nama di persada seni Hollywood itu mendirikan rumah tangga dengan Nick, 29, pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India. – Agensi
