Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicki Minaj berjaya memecahkan rekod Aretha Franklin

    PENYANYI rap Nicki Minaj mampu tersenyum bangga apabila berjaya memecahkan rekod Aretha Franklin yang dipertahankan selama 40 tahun.

    Nicki kini menjadi satu-satunya artis wanita yang mempunyai lagu terbanyak berjaya menduduki carta Billboard Hot 100 yang sebelum ini dipegang Aretha.

    Penyanyi lagu Anaconda itu kini mempunyai 76 buah lagu dalam carta itu selepas tiga single terbaharunya iaitu No Frauds, Regret in Your Tears dan Changed It berjaya memasuki carta itu.

    Sebelum ini Aretha memegang rekod dengan 73 buah lagunya berada dalam carta itu.

    Sementara itu, Nicki turut memuat naik video ucapan terima kasihnya kepada peminat yang menyokong karier seninya.

    Nicki Minaj kini mempunyai 76 buah lagu dalam carta Billboard Hot 100.
    Nicki Minaj kini mempunyai 76 buah lagu dalam carta Billboard Hot 100.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda