Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicki Minaj & Nas berpisah

    PENYANYI rap Nick Minaj dan teman lelakinya, Nas yang dikatakan bakal menimang cahaya mata bersama dilaporkan sudah berpisah.

    Dipetik dari TMZ melaporkan pasangan itu yang mula bercinta sejak tujuh bulan lalu memilih untuk membawa haluan masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

    Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan punca perpisahan mereka disebabkan oleh faktor lokasi berbeza sehingga menyebabkan mereka jarang dapat bersama.

    “Percintaan jarak jauh membuatkan mereka sukar untuk menghabiskan masa bersama ditambah dengan jadual mereka yang sentiasa padat dengan aktiviti seni.

    Nas dan Nicki Minaj dilaporkan berpisah hanya selepas tujuh bulan menjalinkan hubungan cinta.

    “Jalan terbaik adalah berpisah dan Nicki ingin memberi fokus kepada kariernya,” kata sumber.

    Sementara itu, sumber itu memberitahu, Nicki akan membuat pengumuman mengenai kehamilannya pada majlis Anugerah Grammy pada Februari ini.

    “Dia mendapat tahu sedang hamil ketika sambutan Hari Kesyukuran pada November lalu dan dia dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi,” kata sumber itu lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda