Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nidzam Jamil dilantik Ketua Jurulatih NSFC baharu

    SEREMBAN, 13 JUN – Negeri Sembilan FC (NSFC) melantik bekas pengendali Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menghadapi saingan musim 2025/2026.

    Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pemilihan Mohd Nidzam, 45, adalah usaha berterusan kelab itu dalam memperkukuh persediaan pasukan dan menetapkan hala tuju baharu yang lebih progresif dan mampan.

    “Mohd Nidzam berpengalaman luas dalam landskap bola sepak tempatan sama ada sebagai bekas pemain kebangsaan mahu pun jurulatih berprofil tinggi.

    “Kepakaran beliau dalam pembangunan pemain muda dan pendekatan taktikal yang moden diyakini mampu memperkasakan NSFC dalam menghadapi saingan Liga Super yang semakin kompetitif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata selain berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk pasukan Merah Kuning, Mohd Nidzam turut berpengalaman mengemudi pasukan Felda United, Air Asia FC dan KL SPA FC. Dalam pada itu, Aminudin berkata NSFC turut menandatangani beberapa pemain utama termasuk penyerang Luqman Hakim Shamsudin, penjaga gol Muhd Azri Abd Ghani dan pemain pertahanan Ahmad Khuzaimi Piee. – Bernama

    Mohd Nidzam Jami bakal mengendalikan skuad Negeri Sembilan FC musim depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda