Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niger, China lancar projek saluran paip rentas Benin

    NIAMEY, 18 SEPT – Niger dan China bakal membina saluran paip sepanjang 2,000km untuk membawa minyak mentah dari tenggara Niger ke pelabuhan Seme di Benin, umum pejabat presiden Niger hari ini.

    Presiden Mahamadou Issoufou melancarkan projek itu kelmarin di medan minyak Agadem di tenggara negara itu, tempat Syarikat Petroleum Nasional China (CNPC) telah mengekstrak minyak sejak 2011.

    Ia dijangka akan mengambil masa 42 bulan untuk siap dengan menelan perbelanjaan sekitar AS$4.5 bilion.

    Sehingga kini, Niamey telah memindahkan minyak mentah keluar melalui Chad ke pelabuhan di Cameroon, namun serangan jihad di Nigeria telah menular ke sempadan menjadikan rantau itu tidak stabil.

    Menteri Minyak Niger, Foumakoye Gado menandatangani perjanjian itu pada Ahad bersama Wang Zhong Cai, presiden Syarikat Pertubuhan Pembangunan dan Penerokaan Minyak dan Gas Nasional China, subsidiari CNPC. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda