Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niger potong bekalan elektrik, air ke kedutaan Perancis

    ANKARA, 28 OGOS – Pentadbiran tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey, selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan, lapor agensi Anadolu (AA) memetik beberapa laporan di media sosial, kelmarin.

    Selain kedutaan di ibu negara Niger itu, kepimpinan negara itu juga mengenakan tindakan yang sama ke atas konsulat Perancis di Zinder.

    Presiden Jawatankuasa Sokongan Kebangsaan Majlis Kebangsaan bagi Melindungi Negara (CNSP), Elh Issa Hassoumi Boureima turut meminta semua rakan pangkalan Perancis di Niger supaya menggantung bekalan air dan elektrik serta produk makanan, menurut laporan itu.

    Menurut laporan itu, mana-mana rakan kongsi yang terus membantu Perancis membekalkan barangan dan perkhidmatan akan dianggap ‘musuh rakyat berdaulat’. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda