Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria dilanda wabak demam Lassa, 127 maut

    ABUJA, 16 APRIL – Angka kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria telah meningkat kepada 127 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan awam negara itu kelmarin, lapor Xinhua.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 674 kes disahkan daripada keseluruhan 4,025 kes yang disyaki sejak wabak ini mula dikesan pada Januari lalu.

    Sebanyak 18 daripada 36 negeri terjejas oleh penyakit itu dengan negeri-negeri di selatan seperti Ondo dan Edo, serta negeri utara Bauchi menjadi kawasan paling terjejas teruk.

    Ketiga-tiga negeri itu menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang disahkan, menurut NCDC.

    Kadar kematian direkodkan pada 18.8 peratus, lebih tinggi berbanding 18.5 peratus dalam tempoh yang sama pada 2024.

    Golongan dewasa berumur antara 21 hingga 30 tahun merupakan kumpulan paling terkesan. Agensi kesihatan itu turut mendedahkan bilangan lelaki yang dijangkiti melebihi wanita.

    NCDC mengenal pasti beberapa cabaran utama termasuk sikap tidak proaktif mendapatkan rawatan, kos rawatan yang tinggi di sesetengah kawasan, serta tahap kesedaran yang rendah dalam komuniti berisiko tinggi.

    Sehubungan itu, satu sistem pengurusan insiden pelbagai sektor telah diaktifkan bagi menyelaras usaha tindak balas di peringkat nasional.

    Menurut NCDC lagi, sebagai rekod, Nigeria telah mencatatkan seramai 214 kematian akibat demam Lassa sepanjang 2024, – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda