Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nigeria, Jerman meterai perjanjian bekalan gas

    ABUJA, 22 NOV – Nigeria dan Jerman telah bersetuju dengan perjanjian untuk pengeluar minyak terbesar di Afrika untuk membekalkan lebih banyak gas kepada Jerman.

    Berlin juga akan melabur AS$500 juta dalam projek tenaga yang boleh diperbaharui, menurut pejabat presiden Nigeria kelmarin.

    Sejak beliau memegang jawatan pada bulan Mei, Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu, telah menarik pelabur asing ke ekonomi terbesar di Afrika dengan membuat pembaharuan terhadap subsidi bahan api dan kawalan mata wang sebagai insentif.

    Tinubu berada di Berlin untuk persidangan G20 Compact with Africa. Memorandum persefahaman (MoU) untuk perjanjian gas tersebut ditandatangani antara projek Riverside LNG Nigeria, yang beroperasi di Delta Niger negara itu, dan Johannes Schuetze Energy Import.

    “Projek ini akan membekalkan tenaga dari Nigeria ke Jerman sebanyak 850,000 tan setiap tahun, meningkat kepada 1.2 juta tan setiap tahun,” kata David Ige, CEO GasInvest, salah satu seorang rakan kongsi Nigeria yang menandatangani MoU itu. – AFP

    Bola Ahmed Tinubu dan Canselor Jerman, Olaf Scholz berjabat tangan semasa menghadiri G20 Compact with Africa di Berlin. Nigeria dan Jerman telah bersetuju dengan perjanjian untuk membekalkan lebih banyak gas kepada Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...