Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria kini akui 110 pelajar sekolah ‘diculik’

    ABUJA, 27 Feb – Lebih dari 100 orang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang selama seminggu selepas serangan Boko Haram di sekolah mereka di timur laut Nigeria diculik, kata kerajaan untuk kali pertama kelmarin.

    Pihak berkuasa di Abuja sebelum ini hanya berkata 110 orang pelajar itu hilang semasa serbuan di Kolej Sains dan Teknologi Kerajaan di Dapchi pada minggu lepas.

    Serangan itu telah mengimbas kembali kenangan yang menyakitkan mengenai penculikan besar-besaran 276 orang perempuan dari sekolah berasrama di Chibok pada April 2014. Hampir empat tahun kemudian, 112 orang masih lagi dalam tahanan mereka.

    Gambar yang diambil pada 22 Februari 2018 menunjukkan kawasan luar Kolej Sains dan Teknikal Kerajaan di Dapchi, Nigeria. Kerajaan Nigeria semalam berkata 110 orang pelajar perempuan diculik di Kolej tersebut pada minggu lepas. – AFP

    Presiden Muhammadu Buhari berkata kerajaannya bertekad untuk memastikan pembebasan mereka yang diculik oleh militan Islam dan mengembalikan perempuan yang diculik kepada keluarga mereka.

    “Ini terutamanya menentang kejadian baru-baru ini di mana sekumpulan perempuan yang diculik pada 19 Januari dari Kolej Sains dan Teknikal Kerajaan di Dapchi, Yobe,” kata Buhari semasa berucap di Abuja, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

    Buhari menambah bahawa dia telah mengarahkan agensi keselamatan negara untuk memastikan keselamatan sekolah-sekolah dan para pelajar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda