Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria lancar eNaira

    ABUJA, 24 OKT – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari akan merasmikan mata wang digital eNaira negara itu, esok, kata bank pusat, yang pertama di Afrika.

    Ekonomi terbesar Afrika itu akan mengadaptasi mata wang digital yang disokong bank pusat ketika ia mula menerima wang maya dan kripto.

    “Pelancaran eNaira itu adalah kemuncak kerja penyelidikan beberapa tahun oleh Bank Pusat Nigeria,” kata bank dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya.

    Ia berkata modifikasi dan pembaharuan akan dilakukan untuk membolehkan semuanya mendapat manfaat, terutama penduduk luar bandar dan tanpa perbankan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda