Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nihon Hidankyo dinobat pemenang Hadiah Nobel Keamanan

    STOCKHOLM, 11 OKT – Organisasi Jepun, Nihon Hidankyo diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2024 atas usaha mereka mencapai dunia bebas senjata nuklear, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik kenyataan dari Jawatankuasa Nobel Norway hari ini.

    Usaha kumpulan itu berjaya memaparkan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak patut digunakan lagi melalui testimoni, kisah atau pengalaman mangsa yang terselamat.

    Seramai 286 calon dicalonkan untuk hadiah tahun ini, yang terdiri daripada 197 individu dan 89 organisasi.

    Tahun lalu, anugerah berprestij ini diberikan kepada seorang aktivis hak wanita yang dipenjarakan, Narges Mohammadi, dari Iran.

    Pemenang hadiah keamanan sejak 30 tahun lalu termasuk Memorial, kumpulan hak asasi Rusia yang diharamkan, bekas presiden AS, Barack Obama, Kesatuan Eropah dan pemimpin Palestin, Yasser Arafat.

    Anugerah tahun ini diberikan ketika dunia berdepan konflik besar, termasuk di Timur Tengah, Ukraine, Sudan dan banyak negara lain.

    Ketika mengumumkan pemenang, jawatankuasa itu memberi amaran bahawa dunia berada dalam keadaan yang membimbangkan kerana negara-negara baharu kelihatan bersedia untuk memperoleh senjata nuklear. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda