Nikah: Kebenaran ambil masa?

Surat pembaca ini ditujukan kepada pihak yang berkaitan, saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak relevan.

Pada bulan Disember ini, anak saya akan melangsungkan pernikahan dan seperti yang saya maklum anak saya sudah memohon kebenaran pernikahan di mahkamah sebelum Fasa Peralihan dan telah ditetapkan tarikh untuk mereka bernikah.

Mereka telah pun juga membuat pembayaran borang untuk bernikah pada bulan Oktober lalu.

Mereka telah diarahkan oleh pihak barisan hadapan untuk memohon kebenaran baharu bagi tarikh dan tempat untuk bernikah pada tiga minggu lalu.

Namun sehingga kini mereka belum menerima sebarang surat kebenaran untuk bernikah yang sepatutnya diadakan pada 17 Disember kelak.

Masa sudah semakin suntuk namun kebenaran belum ada diberikan. Mereka sudah membuat panggilan dan menghantar e-mel kepada pihak relevan tetapi sehingga kini belum ada satu pun dijawab.

Apa yang menyedihkan lagi, mereka disuruh untuk hadir ke mahkamah tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan untuk berjumpa pegawai di sana.

Justeru kami tidak ada cara lain untuk bertanyakan tentang permohonan anak saya ini.

Seperti yang saya ketahui, semua pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan masa ini belum mendapat jawapan kebenaran untuk bernikah.

Jika bertangguh tarikh yang dipohonkan itu, bagaimana dengan permohonan cuti kerja yang sudah tentu akan terjejas.

Diharap pihak relevan dapat mengatasi permasalahan saya ini sesegeranya.

Hamba Allah