PARIS, 1 Jan – Nike menghangatkan spekulasi betapa Philippe Coutinho semakin hampir ke Barcelona pada Januari ini apabila melakukan kejutan sebentar tadi.
Gergasi pakaian sukan itu, yang menaja Barcelona, mengiklankan jersi Barca dalam laman sesawang milik mereka dengan cetakan nama bintang tengah Brazil itu.
Dengan menggunakan tajuk ‘Where the magic happens’, Nike bagaimanapun sudah memadam iklan berkenaan.
Malah, dalam mesej itu tertera perkataan: “Philippe Coutinho sudah bersedia mewarnai Nou Camp.”
Coutinho sememangnya ditaja oleh Nike dan memakai but gergasi pakaian sukan itu.

Dia pernah merayu untuk dilepaskan pada Ogos lalu selepas bidaan awal Barcelona untuk bintang Brazil itu ditolak, kemudiannya The Reds turut menolak dua tawaran lain.
Peneraju La Liga itu difahamkan mengemukakan tawaran bernilai AS$135 juta tetapi pemilik Liverpool menegaskan pemain berusia 25 tahun itu bukan untuk dijual.
Pemain berusia 25 tahun itu terlepas untuk beraksi perlawanan awal musim ini kerana mengalami masalah belakan tetapi mempamerkan aksi yang mantap baru-baru ini, menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan. – AFP