Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nike jelaskan punca gugurkan Neymar

    LOS ANGELES, 28 MEI – Nike kelmarin berkata bahawa keputusan mereka untuk menamatkan perjanjian dengan Neymar tahun lalu selepas bintang bola sepak tersebut ‘enggan memberi kerjasama yang baik terhadap penyiasatan’ ketika syarikat menyiasat dakwaan pekerja bahawa dia telah diserang secara seksual.

    Gergasi pengeluar pakaian itu berkata dalam kenyataan bahawa mereka menyiasat dakwaan insiden 2016 – yang dilaporkan kepada syarikat pada 2018 – tidak membawa kepada sebarang keputusan.

    “Tiada satu fakta yang ada membolehkan kami bercakap secara substansif mengenai hal ini,” menurut syarikat.

    Artikal Wall Street Journal melaporkan dakwaan serangan itu, seorang jurucakap wanita untuk Neymar berkata pemain tersebut menafikan tuduhan itu.

    “Neymar Jr sekeras-kerasnya mempertahankan dirinya daripada dakwaan serangan tidak berasas dalam kes yang dikemukakan, yang mana setakat ini tidak pernah berlaku,” menurut kenyataan, menambah Nike dan Neymar berpisah disebabkan isu komersial.

    Tetapi Nike mengatakan sebaliknya dalam kenyataan mereka.

    “Ia adalah tindakan tidak sepatutnya untuk Nike membuat kenyataan pertuduhan tanpa memberikan sebarang fakta sokongan,” menurut syarikat tersebut, tetapi menambah, “Nike menamatkan hubungan dengan atlet tersebut kerana dia enggan memberikan kerjasama yang baik semasa siasatan tuduhan perbuatan salah laku terhadap seorang kakitangan.”

    Wall Street Journal melaporkan, dengan memetik dokumen dan individu yang tidak dinamakan, bahawa Nike mengupah peguam Cooley LLP untuk menjalankan siasatan bermula 2019 dan memutuskan menghentikan memaparkan Neymar dalam pemasaran di tengah-tengah siasatan dijalankan.

    Dalam kenyataan yang telah dikeluarkan, syarikat tersebut bersedia membuat siasatan pada 2018 apabila wanita pertama tampil, tetapi ‘menghormati keinginan kakitangan tersebut untuk merahsiakan dan mengelak sebarang siasatan’. – AFP

    Nike menjelaskan bahawa mereka menamatkan perjanjian dengan Neymar disebabkan pemain itu enggan bekerjasama dalam penyiasatan mengenai serangan seksual. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda