Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Mirzani cerai kali keempat

    Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani membuat pendedahan dia sebenarnya sudah bernikah dengan teman lelakinya warganegara Jerman iaitu Antonio Dedola pada 22 Januari lalu.

    Bagaimanapun kata Nikita, pernikahan yang berjalan secara rahsia itu tidak bertahan lama dan memberitahu sudah bercerai dengan Antonio.

    “Saya dan Toni (Antonio) bernikah pada 22 Januari 2023. Toni minta saya menikahinya dan hidup selamanya dengan bahagia.

    “Saya masih ingat Toni menangis kerana tidak mahu kami berpisah,” katanya.

    Dalam pada itu, Nikita berkata, Antonio melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.

    Bekas suami Nikita menghilangkan diri selepas berlaku pertengkaran. – Agensi

    Kata Nikita, antara punca rumah tangganya itu tidak bertahan lama disebabkan mereka sering bertengkar akibat Antonio tidak suka dengan kritikan warganet terhadap hubungan mereka.

    “Mungkin saya salah dalam memilih pasangan. Saya mengajar dia tentang perniagaan supaya berjaya di Indonesia namun dia sering memberi alasan,” jelasnya.

    Lebih menyedihkan lagi, Nikita mendakwa bekas suaminya itu membawa lari barang perhiasan miliknya selain sebuah beg tangan jenama mewah miliknya.

    “Saya tidak kata dia pencuri, cuma tertanya-tanya kenapa dia melarikan beg tangan kesayangan saya. Beg Gucci itu menjadi idaman saya selama ini,” ujarnya.

    Nikita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semua hubungan tersebut tidak bertahan lama dan berakhir dengan perceraian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda