Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Mirzani pernah jadi mangsa dera bekas teman lelaki?

    Pelakon Nikita Mirzani mendedahkan pernah menjadi mangsa dera dipercayai dilakukan oleh bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Rizky Irmansyah.

    Meskipun tidak menyebut secara jelas, namun menerusi perkongsian di laman Instagram, Nikita, 38, menulis nama RI sebagai gambaran individu di sebalik penderitaan dialami, kongsi mStar.

    “RI, seorang yang pernah saya cintai menjadi punca penderaan mental dan fizikal dalam hidup saya.

    “Parut yang ditinggalkan semakin mendalam dan saya tidak mahu ia berterusan. Sudah tiba masanya untuk saya dedahkan realiti yang dialami.

    “Dalam beberapa bulan ini saya melalui kehidupan yang tidak pernah dibayangkan. Bukan mahu menagih simpati tetapi untuk menunjukkan kebenaran,” dedahnya.

    Nikita berkongsi perkara tersebut selepas dia dan Rizky dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial.

    Pelakon itu juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh perbuatan kejam lelaki berkenaan.

    Dalam masa sama dia sebelum ini hanya mampu bertahan kerana bimbang orang ramai tidak mempercayai kata-katanya selain penilaian sekeliling sekiranya bercakap benar. – Agensi

    Rizky (kanan) disyaki adalah lelaki yang dimaksudkan Nikita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda