Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Mirzani tiada lagi kaitan dengan Lolly

    Susulan krisis keluarga yang dihadapi, aktres Indonesia, Nikita Mirzani nekad mengeluarkan nama anak sulungnya, Lolly daripada daftar keluarga.

    Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, enggan mengakui Lolly sebagai anak dan menegaskan sudah tiada kaitan dengan remaja berkenaan.

    “Saya dan Lolly sudah tiada urusan dalam sebarang hal.

    “Apa sahaja yang dilakukan Lolly tanpa pengetahuan saya bukan lagi tanggungjawab saya,” katanya memetik laporan mStar.

    Nikita mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.

    Nikita Mirzani tidak mahu lagi ada kaitan dengan Lolly. – mStar

    Dedah Nikita lagi, dia sudah tidak bertemu dengan Lolly sejak insiden pergaduhan mereka dan tiada niat untuk bertemu semula dengan anak perempuannya itu.

    Nikita juga menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang jika Lolly atau pihak cuba mengaitkan mereka pada masa depan.

    “Saya sudah tidak lagi berkomunikasi dan bertemu dengan Lolly. Saya tiada niat untuk bertemu dengannya lagi.

    “Kepada Lolly dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, jangan pernah sebut nama saya lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

    Dalam pada itu, Nikita turut memuat naik dokumen bertarikh 27 Februari 2024 yang mengatakan Lolly sudah tiada lagi dalam senarai waris hartanya.

    Lolly sepatutnya mewarisi bahagian harta paling besar iaitu 40 peratus manakala dua adiknya masing-masing menerima 30 peratus. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda