Pelakon kontroversi Indonesia Nikita Mirzani mengambil keputusan untuk berehat daripada kehidupan ‘tipu-tipu’ di media sosial khususnya Instagram.
Memetik laporan Liputan 6, Nikita memuat satu posting berwarna hitam yang menjadi tanda tanya dan bualan hangat dalam kalangan warganet pada Selasa malam.
Malah menerusi Instastory dia juga memaklumkan ingin menikmati hidup normal tanpa tekanan dan pengaruh negatif daripada media sosial.
Luah Nikita, segala perkongsiannya di Instagram tidak menggambarkan 100 peratus kehidupan sebenar di dunia nyata.
“Sedang ingin menikmati kehidupan sebenar, bukan tipu-tipu di media sosial belaka. Selepas ini posting feed dan juga story hanya berkaitan perniagaan yang saya jalankan sahaja. “Ia akan diuruskan oleh admin saya. “Ini bukan sebuah perpisahan, sampai jumpa lagi. Okey warganet, jangan rindukan aku,” ujarnya. – Agensi
