Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Willy hamil anak kedua

    Pelakon Indonesia, Nikita Willy dan suaminya iaitu Indra Priawan mengumumkan mereka bakal menerima cahaya mata kedua.

    Nikita, 30, turut berkongsi jantina anak dan memberitahu usia kandungan kini sudah memasuki tiga bulan.

    “Pusingan kedua dengan biru! Seorang lagi anak lelaki yang berharga untuk disayangi dan dihargai,” katanya.

    Aktres itu berkongsi berita gembira tersebut melalui satu hantaran di Instagram pada Selasa.

    Sebelum ini, Nikita pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tujuh minggu dan ia berlaku pada Januari lalu.

    Nikita berkata dia menghargai jasa suaminya kerana sentiasa memberikan sokongan pada masa sukar yang dilaluinya ketika itu.

    “Indra menjadi tonggak kekuatan saya, menyokong saya apabila saya rasa bersalah dan patah semangat,” jelasnya memetik laporan mStar.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berdoa semoga urusan selepas ini dipermudahkan.

    Nikita berkahwin dengan Indra, 32, pada 16 Oktober 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya pertama yang diberi nama Issa Xander Djokosoetono, 2 tahun. – Agensi

    Nikita memberitahu Issa bakal mendapat adik lelaki. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda