Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Willy mengaku tak pandai masak

    Pelakon Nikita Willy mengaku tidak mempunyai kemahiran memasak dan sanggup membayar cef peribadi untuk melakukan pekerjaan itu.

    Nikita atau nama sebenar Nikita Purnama Willy, 30, berkata dia mengupah cef peribadi bagi menyediakan makanan sepanjang dia sedang mengandung.

    Ini kerana dia sering membeli makanan daripada luar dan berasakan lebih baik sekiranya dia mengupah cef peribadi.

    “Cef itu kawan saya, tiada apa yang istimewa pun. Saya sejujurnya tak pandai memasak, kadang-kadang dekat rumah makanan tidak terlalu sesuai.

    “Daripada saya terus beli makanan dari luar, lebih baik ada kawan yang boleh tolong masakan untuk saya,” katanya.

    Menurut mStar, Nikita juga menyatakan bahawa dia tidak perlu mengeluarkan bajet yang terlalu besar untuk mengupah cef peribadi.

    “Untuk anak yang kedua ini saya lebih suka makanan tinggi protein contohnya ayam bakar dan stik,” ujarnya.

    Untuk rekod, Nikita Willy dijangka akan melahirkan anak keduanya pada Disember depan. – Agensi

    Nikita mengaku tidak mahir memasak. – Grid ID
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda