Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Willy sedih impian timang anak kedua tak kesampaian

    Baru-baru ini pelakon Nikita Willy mengejutkan peminat apabila berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran, lapor mStar.

    Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, berkata dia sedih namun reda apabila belum diberikan
    rezeki menimang zuriat untuk kali kedua.

    Difahamkan pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu mengalami keguguran sewaktu usia kandungannya berusia tujuh minggu dan berita sedih itu dikongsikan menerusi satu video di Instagram pada Isnin lalu.

    Dalam perkongsian itu, Nikita turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Indra Priawan Djokosoetono yang sentiasa berada di sisinya.

    “Indra telah menjadi tulang belakang kehidupanku saat ini sewaktu saya rasa nak jatuh dan terduduk,” tulisnya.

    Antara faktor utama keguguran Nikita disebabkan kehamilan yang abnormal (tidak normal) dan kandungannya itu tidak mampu bertahan lama selama sembilan bulan.

    Dalam pada itu, Nikita sempat berpesan kepada semua wanita senasib dengannya supaya tidak bersendirian dan mencari rakan sekeliling yang dapat menaikkan semula semangat.

    “Kepada awda semua diluar sana harap jangan bersendirian dan cari rakan yang boleh bantu awda disaat tengah getir,” ujarnya. – Agensi

    Nikita sedih namun reda apabila belum diberikan rezeki menimang zuriat untuk kali kedua. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda