Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nikki Haley bertanding Presiden AS

    WASHINGTON, 15 FEB – Bekas Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley mengumumkan semalam bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan Presiden AS yang dijadual diadakan pada 2024, lapor Xinhua.

    Haley yang juga bekas Gabenor Carolina Selatan menjadi anggota Republikan pertama yang secara rasmi mengumumkan akan mencabar bekas Presiden Donald Trump yang juga dari parti Republikan.

    “Washington telah mengecewakan kami berulang kali,” kata Haley, 51, dalam satu hantaran video ketika mengumumkan mengenai pencalonannya itu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 9 Oktober 2018 menunjukkan bekas Presiden Donald Trump bertemu dengan Nikki Haley di Pejabat Oval Rumah Putih di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...