Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niklas buat lima kerja sambilan untuk terus hidup

    Pelakon Hong Kong, Niklas Lam mendedahkan dirinya perlu melakukan lima kerja sambilan untuk meneruskan hidupnya.

    Memetik laporan Koreaboo, Niklas, 30, bukan hanya berlakon sebaliknya turut menjadi guru sementara, bekerja di kedai baju, psikoterapi berkumpulan serta melakukan kerja sosial lain.

    Malah dia juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil kerja keenam iaitu mencuci pinggan mangkuk di restoran.

    Menurut Niklas, dia menjalani hidup dengan cara sederhana selain membuang rasa malu untuk menikmati hidangan di restoran yang murah.

    Dia juga kadang kala hanya memakan telur rebus bersama air teh bagi mengisi perut kosongnya.

    “Semua wang saya simpan untuk kegunaan kos pengangkutan,” luahnya.

    Malah dia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk membeli sebuah kereta kerana perjalanannya ke tempat kerja agak jauh.

    Namun perbelanjaannya setiap bulan memerlukan lebih RM1,426.

    Tambahnya, setiap pelakon di Hong Kong bertanggungjawab menanggung kos perbelanjaan mereka ke set penggambaran itu sendiri. 

    Disebabkan itu dia meneruskan hidup dengan jimat selain melakukan pelbagai kerja sambilan. – Agensi

    Niklas dedah kesukaran bergelar artis di Hong Kong. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda