Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Pemegang kad kredit Standard Chartered Brunei (StanChart) kini boleh menikmati diskaun eksklusif dan faedah The Good Life di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Ciri faedah itu menjadikan kad kredit StanChart sebagai kad yang ideal untuk melancong sambil memanfaatkan faedah tersebut.
Diskaun dan faedah termasuk tawaran diskaun 30 peratus daripada kadar fleksibel terbaik di ONYX Hospitality Group di Malaysia dengan diskaun 15 peratus untuk menjamu selera, diskaun 15 peratus untuk Brooks di Malaysia, diskaun 5 peratus untuk tambang penerbangan EVA di Singapura dan diskaun 10 peratus untuk hotel terpilih di bawah Fusion Hotel Group di Vietnam.
Di Brunei sahaja, pemegang kad kredit StanChart boleh menikmati faedah daripada 62 rakan kongsi, manakala di Malaysia mereka boleh menikmati 72 tawaran, 59 tawaran di Singapura dan 17 tawaran lagi di Vietnam.
Ketua Perbankan Kekayaan dan Runcit StanChart, Brenda Low berkata mereka berbesar hati untuk memperkenalkan faedah rentas sempadan baharu untuk kad kredit bank berkenaan, yang mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam meningkatkan kebebasan kewangan dan kemudahan untuk pelanggan bank.

“Inisiatif ini menggariskan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan global kami yang semakin berkembang.
“Sama ada melancong untuk perniagaan atau percutian, pelanggan kami kini boleh menikmati akses lancar kepada ganjaran eksklusif, mempertingkatkan pengalaman bank yang berdaya saing di mana mereka mempunyai ciri-ciri eksklusif, kadar tukaran kompetitif dan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan, memastikan pengalaman perbankan unggul di mana mereka berada di dunia dengan kad kredit mereka,” tambahnya.
Kad-kad kredit StanChart menawarkan faedah yang tiada tandingan direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan bank tersebut.
Daripada program mata ganjaran yang berbeza dan pilihan pulangan tunai kepada faedah perjalanan eksklusif dan perlindungan insurans komprehensif, kad bank berkenaan memastikan nilai dan kemudahan yang luar biasa.
Dengan ciri keselamatan yang mantap dan penerimaan global, pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran dan fleksibiliti kewangan ke mana sahaja mereka pergi.