Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati makanan dalam jet penumpang terbesar di dunia

    SINGAPURA – Ketika dunia global masih di bawah ancaman COVID-19, penutupan sempadan negara merupakan salah satu langkah yang terbaik bagi membendung kes jangkitan secara import.

    Justeru, penangguhan sementara perjalanan ke luar negara ini menjejaskan ekonomi syarikat-syarikat penerbangan dan juga para penggemar pengembara hanya terhad melakukan sebarang aktiviti termasuk pelancongan di dalam negara. Namun, beberapa buah syarikat penerbangan mula melakukan inisiatif untuk meningkatkan ekonomi mereka yang merudum dan mengubati kerinduan para penggemar pengembara.

    Di Singapura sendiri, ratusan pengunjung yang merindukan perjalanan keluar negara, makan tengah hari dan menonton filem di tempat duduk dalam dua jet Singapore Airlines yang diubah menjadi restoran pop-up pada Sabtu lalu.

    Dengan industri penerbangan dalam krisis yang mendalam akibat pandemik koronavirus, syarikat penerbangan telah beralih ke cara alternatif untuk mengumpulkan hasil pendapatan, dari menawarkan “penerbangan ke mana-mana” hingga lawatan pesawat.

    Syarikat penerbangan Singapura, yang telah mengurangkan ribuan pekerjaan dan hampir semua pesawatnya terkandas tahun ini, menawarkan penumpang peluang untuk makan di atas dua jet penumpang terbesar di dunia iaitu superjumbos A380.

    Sebuah pesawat Singapore Airlines, Airbus A380 di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. – AFP
    Pramugari Singapore Airlines ketika hendak menghidangkan makanan di kelas perniagaan semasa makan tengah hari pertama di Restoran A380 @Changi. – AFP
    Kelihatan para pengunjung mendaftar di kaunter daftar masuk untuk makan tengah hari pertama di Restoran A380 @Changi. – AFP
    Pramugari yang memakai penutup mulut dan hidung menyambut para tetamu di pintu masuk pesawat. – AFP

    Pada hari Sabtu lalu, lebih 400 pengunjung mendaftar masuk di Lapangan Terbang Changi dan menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa sebelum memasuki pesawat untuk makan tengah hari.

    “Makanannya cukup luar biasa, lebih enak daripada makanan yang mereka sajikan selama beroperasi,” kata Zhou Tai Di, seorang pelajar berusia 17 tahun di kelas ekonomi, kepada media ketika dia memasukkan ayamnya yang disalut kicap dengan terung goreng pedas dan nasi.

    Beberapa penumpang lain tidur sebentar sambil menunggu makanan mereka disajikan, sementara yang lain menonton filem di sistem hiburan tempat duduk belakang.

    Kira-kira separuh tempat duduk dibiarkan kosong, sesuai dengan garis panduan jarak fizikal.

    Calvin Teo, seorang penjawat awam dan penggemar penerbangan berusia 29 tahun, membayar Sg$321 (AS$236) untuk enam jenis hidangan makanan di kelas perniagaan, dengan mengatakan bahawa dia tidak dapat terbang dan berharap dapat mencipta kembali pengalaman itu.

    “Sudah tentu perasaan terbang sebenarnya akan lebih baik, kerana ada kegembiraan untuk pergi ke destinasi baharu, untuk menjelajahi destinasi baharu, dan walaupun kami tidak dapat melakukannya sekarang kerana COVID-19, ini adalah pengganti yang baik untuk sekarang, untuk mencipta semula perasaan mengambil penerbangan jarak jauh,“ katanya kepada media.

    Pilihan yang paling mahal adalah makanan lapan hidangan Sg$642 di suite kelas satu, sementara yang termurah berharga Sg$53 dan terdiri daripada tiga hidangan di kelas ekonomi.

    Sebilangan pengunjung juga dapat melawat pesawat dua tingkat dan mengambil gambar bersama dengan juruterbang dalam kokpit.

    Makanan tarmac terbukti sangat popular – syarikat penerbangan itu mengumumkan enam sesi tambahan setelah lebih daripada 900 tiket makan tengah hari habis dalam tempoh 30 minit tempahan dibuka awal bulan ini.

    Syarikat penerbangan ini juga menawarkan penghantaran makanan dari rumah, tetapi ia telah merancang untuk ‘penerbangan ke mana-mana’ – perjalanan pendek yang bermula dan berakhir di lapangan terbang yang sama – berikutan protes mengenai kemungkinan kesan persekitaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda