Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati masakan Brunei di Rizqun Coffee House

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Bagi menyokong Minggu Gastronomi, Rizqun Coffee House malam ini telah memperkenalkan masakan Brunei yang berlangsung di Rizqun Coffee House, Gadong.

    Tiga menu yang diperkenalkan malam ini iaitu Udang Masak Tempoyak, Daging Masak Kunyit dan Daging Rendang Kelupis.

    Promosi yang dihasratkan untuk memperkenalkan masakan Brunei itu sudah pun dimulakan sejak awal tahun ini dengan mengetengahkan pelbagai hidangan menarik.

    Gastronomi minggu ini juga merupakan satu latihan bagi tiga orang tukang masak tempatan yang akan mengikuti pertandingan memasak dunia iaitu BIMP-EAGA Halal Food yang akan diadakan Pusat Persidangan Antarabangsa pada 10 November ini.

    Seorang cef, Awang Abdul Azim bin Abdul Kadir berkata beliau kini giat menjalani latihan dan persiapan yang telah diberikan oleh ketua cef setiap malam untuk mencipta menu baharu dan unik untuk dipertandingkan nanti. Tugasan ini dibantu oleh dua pembantu dapur, Dayang Nursyafiqah binti Zamzuri dan Nurul Amal Zunah binti Junee.

    Antara menu yang dihidangkan oleh cef restoran berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda