Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati ‘sajian Finnair’ di kedai

    HELSINKI, 15 OKT – Syarikat penerbangan Finland Finnair akan menjual makanan kapal terbang kelas business di pasar raya dalam satu tindakan untuk mengekalkan pekerjaan kakitangan katering serta menawarkan rasa pengalaman penerbangan kepada mereka yang rindu untuk terbang semasa COVID-19.

    Syarikat penerbangan itu berkata dalam skim perintis, sajian hasil tangan, dinamakan ‘Cita Rasa Finnair,’ akan ditawarkan di sebuah kedai hari ini.

    Sajian sedia makan itu termasuk opsyen seperti bebola rusa, char Artik dan daging teriyaki ala Jepun dan sesuai dengan selera Nordik dan Asia dan akan dijual dengan harga 10 hingga 13 euro, kata Finnair Kitchen. Finnair ialah salah satu penerbangan yang terbang di antara Eropah dan Asia, dan beberapa cef dan tukang masa Asia bekerja di unit kateringnya.

    Tindakan itu diambil tatkala syarikat penerbangan di seluruh dunia berusaha menggunakan sumber mereka semasa pandemik dan mengambil kesempatan ke atas keinginan orang untuk terbang apabila kebanyakan penerbangan dibatalkan. Sesetengahnya menawarkan penerbangan simulasi, perjalanan tiruan di mana pesawat udara berlepas dan mendarat di lokasi yang sama, atau hanya duduk dalam kapal terbang.

    Kimmo Sinoven, pengurus kedai di K-Citymarket Tammisto yang akan menjual makanan Finnair, memberitahu akhbar Ilta-Sanomat bahawa makanan tersebut telah diubahsuai dengan mengurangkan garam dan rempah berbanding sajian yang ditawarkan dalam kapal terbang, di mana deria rasa penum-pang terasa hambar akibat altitud tinggi.

    “Saya rasa semua orang mempunyai keinginan untuk mengembara sekarang dan kami boleh memuaskan keinginan tersebut,” kata Sinoven. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda