Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Nikmati tawaran eksklusif sempena Karnival Baiduri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Bank Baiduri akan menawarkan beberapa tawaran istimewa eksklusif kepada pengunjung semasa Karnival Baiduri yang akan diadakan di ruang legar Atrium, The Mall, mulai esok hingga hujung minggu.

    Bercakap mengenai Karnival Baiduri, Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong berkata, “Kami telah mengatur jerayawara ini untuk memaparkan pelbagai promosi menarik dan menjadikan produk kami lebih mudah diakses dalam suasana yang selesa dan mesra keluarga.

    “Dengan hadiah daripada baucar perjalanan hingga alat elektronik terkini untuk dimenangi, kadar faedah dan diskaun istimewa, serta permainan yang menyeronokkan untuk menghiburkan pengunjung muda kami, pastinya ada sesuatu untuk semua orang di Karnival Baiduri,” tambahnya.

    Selain Promosi Big Rewards with Baiduri Cards yang diadakan dari pertengahan Oktober hingga awal Januari 2023, Bank Baiduri juga mengadakan promosi-promosi lain termasuk Promosi Pembiayaan Peribadi di mana pelanggan baharu yang mendaftar untuk sebarang pinjaman peribadi Baiduri dan pelanggan sedia ada yang memohon pinjaman kedua sehingga akhir Oktober 2022 akan menikmati kadar faedah istimewa, serta baucar beli-belah bernilai sehingga $100.

    Selain itu, terdapat Promosi Pengurusan Kekayaan dan Pelaburan di mana pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana produk insurans hayat di karnival akan layak menerima pelbagai hadiah segera termasuk baucar gedung serbaneka dan baucar makan.

    Baiduri Capital juga menawarkan potongan 25 peratus daripada caj jualan untuk langganan unit amanah berdenominasi mata wang asing sehingga akhir Oktober 2022. Manakala 50 pelanggan pertama yang mendaftar untuk mana-mana Unit Amanah di karnival akan menerima tumbler eksklusif.

    Tawaran karnival lain yang menarik termasuk Cabutan Bertuah Karnival, Belanja dan Tebus dan Baiduri Pops oleh Kyna Popsicles turut diadakan.

    Terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan di Karnival Baiduri seperti kuiz dalam talian interaktif melalui Kahoot, permainan lempar cincin, permainan menembak itik serta permainan meneka dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran atau mana-mana produk dan perkhidmatan Bank Baiduri, pelanggan boleh mengunjungi karnival dan bercakap dengan wakil bank, menghubungi Talian Bantuan Pelanggan Bank atau mengikuti akaun media sosial Bank Baiduri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...