Saturday, March 22, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati tawaran menarik sambil membelah-belah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, pemegang-pemegang kad Baiduri boleh mendapatkan tawaran menarik apabila membeli-belah di First Emporium Supermarket & Branch, Batu Satu dengan kad kredit dan debit Baiduri mereka.

    Bermula esok selama dua minggu, pemegang-pemegang kad debit dan kredit Baiduri akan menerima baucar membeli-belah dengan perbelanjaan minimum dalam satu resit kecuali pembelian kad POWERinstant, baucar membeli-belah First Emporium Supermarket& Branch, Batu Satu dan kad pra bayar mudah alih.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, tawaran itu adalah terhad kepada satu baucar bagi setiap pemegang kad yang layak sehari, sehingga stok masih ada.

    Terma serta syarat penuh boleh disaksikan di laman sesawang Bank Baiduri, www.baiduri.com di bawah seksyen promosi. Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi 24-hour Baiduri Bank Customer Helpline, atau platform media sosialnya, di Instagram, Facebook dan Twitter.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda