Menurut syarikat broker hartanah Building Road kelmarin, bangunan milik Sehun yang dibeli pada 2019 telah meningkat nilai lebih 1.6 bilion KRW sepanjang enam tahun lalu.
Pada September 2019, Sehun memperoleh sebuah bangunan komersial enam tingkat di kawasan kejiranan Sangdo-dong, Dongjak-gu, Seoul, atas namanya sendiri dengan harga kira-kira 3.355 bilion KRW.
Menurut Allkpop, kini hartanah tersebut dianggarkan bernilai sekitar 5 bilion KRW.
Bangunan Sehun terletak di tepi jalan utama dalam kawasan strategik, hanya satu minit berjalan kaki dari Pintu Keluar 1 Stesen Sangdo di Laluan 7 MRT. Kawasan tanahnya bersaiz kira-kira 198 meter persegi yang terletak di sepanjang jalan lapan itu dianggap mempunyai visibility dan aksesibiliti yang sangat baik.
Pemilik sebelumnya membeli bangunan itu pada 2017 dengan harga 2.6 bilion KRW dan menjualnya kepada Sehun dua tahun kemudian, beliau kini memperoleh keuntungan kira-kira 750 juta KRW.

Jumlah cagaran maksimum berdaftar adalah sebanyak 2.16 bilion KRW, dengan pinjaman sebenar dianggarkan sekitar 1.8 bilion KRW. Termasuk cukai pemerolehan, yuran broker dan kos guaman, jumlah kos pembelian adalah kira-kira 3.55 bilion KRW. Dianggarkan Sehun melabur sekitar 1.75 bilion KRW secara tunai untuk memiliki hartanah tersebut.
Bangunan kini sepenuhnya disewa oleh penyewa yang sesuai dengan zon komersial kejiranan. Tingkat pertama menempatkan sebuah pub tertutup popular yang pernah ditayangkan di televisyen, tingkat kedua dihuni akademi muzik, manakala tingkat tiga hingga enam disewa kepada penyewa pejabat meminimumkan risiko kekosongan.
Berdasarkan jualan di kawasan sekitar, bangunan lain di jalan yang sama dijual pada harga antara 69.49 juta hingga 105 juta KRW bagi setiap 3.3 meter persegi pada 2022.
Mengambil kira jarak ke stesen, umur bangunan, keadaan jalan dan kualiti keseluruhan, harga anggaran semasa per pyeong untuk hartanah Sehun ialah sekitar 82.81 juta KRW.
Dengan keluasan tanah 60 pyeong, nilai pasaran bangunan kini dianggarkan sekitar 5 bilion KRW. – Agensi

