Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai Bitcoin cecah rekod terbaru

    SINGAPURA, 29 Nov – Bitcoin telah memecahkan rekod AS$10,000 buat pertama kali semalam setelah meneruskan peningkatan besar yang menggembirakan para pelabur tetapi menimbulkan ketakutan berlakunya penggelembungan.

    Mata wang maya tersebut telah menjangkau ketinggian AS$10,379 di Asia, namun menurut Bloomberg News, ia akan meningkat 10 kali ganda berbanding nilainya masa sekarang pada permulaan tahun hadapan.

    Penemuan ini merupakan yang terbaru dalam jangka masa yang singkat bagi mata wang atas talian yang digelar sebagai ‘emas digital’ oleh para penyokongnya, yang telah memulakan kehidupan pada 2009, sebagai sedikit perisian yang ditulis oleh seorang pengekod yang tidak dikenali kecuali nama Jepunnya.

    Bitcoin yang nilainya hanya beberapa sen mata wang AS ketika dilancarkan, tidak mempunyai kadar pertukaran yang sah, tidak disokong oleh bank pusat, dan ia diperdagangkan di atas platform pakar.

    Kemudian ia menjadi popular sebagai alternatif bagi pelaburan tradisional, sementara itu, ia telah digunakan untuk membayar barangan dari satu liter di kelab London hinggalah pembayaran bagi rawatan kuku.

    Gambar fail 4 April 2017 menunjukkan logo Bitcoin semasa persidangan dan pameran perdagangan Bitcoin Inside di New York. Nilai mata wang maya Bitcoin telah mencecah AS$10,000 buat pertama kali semalam. – AP

    Mata wang maya telah membangkitkan banyak kemarahan dan juga menimbulkan pujian, namun ketua JP Morgan Chase menyatakannya sebagai satu penipuan, manakala China dan Korea telah meluahkan kebimbangannya terhadap situasi ini.

    Bitcoin mendapat rangsangan utama pada bulan lalu apabila syarikat pertukaran gergasi Kumpulan CME memaklumkan bahawa syarikat mereka akan melancarkan pasaran niaga bagi Bitcoin pada masa akan datang, yang sebelum ini tidak tersenarai dalam bursa utama.

    Pengumuman itu telah melonjakkan nilai Bitcoin sebanyak 45 peratus sejak dua minggu lalu.

    Namun, kadar pertumbuhan yang hebat, telah menyaksikan peningkatan nilainya sejak 2017 dari serendah $752 pada pertengahan Januari, telah menimbulkan kebimbangan, kritikan terhadap mata wang yang pernah menghadapi kejatuhan pada masa lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda