Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Nilai eksport kayu Sarawak meningkat 

    KUCHING, 1 DIS – Nilai eksport industri perkayuan Sarawak meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM3.05 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding RM2.92 bilion dalam tempoh sama pada 2021.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Jepun kekal sebagai pengimport utama produk perkayuan Sarawak yang menyumbang sebanyak RM1.88 bilion atau 62 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai eksport dalam tempoh tersebut.

    “Pasaran utama lain ialah India sebanyak RM357 juta, negara-negara Timur Tengah (RM134 juta), China (RM131 juta) dan Taiwan (RM117 juta).

    “Dari segi produk, papan lapis menunjukkan peningkatan nilai eksport iaitu sebanyak 2.5 peratus kepada RM1.67 bilion pada suku ketiga 2022 berbanding RM1.63 bilion dalam tempoh sama pada 2021,” katanya pada sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengenai Bajet 2023 Negeri hari ini.

    Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak, berkata kerajaan negeri akan terus komited untuk meningkatkan nilai eksport dengan menggalakkan lebih banyak pengeluaran produk dengan nilai tambah seperti perabot dan produk kejuruteraan kayu serta menggiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...