Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Nilai hubungan Sabah, China cecah RM10.7 bilion pada 2023

    KOTA KINABALU, 3 JULAI – China merupakan rakan dagang terbesar Sabah dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM10.7 bilion pada tahun lepas, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata hubungan ekonomi dengan China turut didorong oleh jalinan perdagangan, pelaburan dan projek kerjasama yang kukuh serta merentasi pelbagai sektor.

    Bagi sektor pembuatan, katanya, Sabah telah menerima pelaburan bernilai RM3.07 bilion dari China setakat ini yang mewujudkan sebanyak 3,086 pekerjaan.

    “Pelaburan ini melibatkan pembuatan kaca solar, silika dan pemprosesannya, pengeluaran makanan, produk getah, berasaskan kayu dan plastik,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 : Siri Libat Urus Jaringan di Sabah, hari ini. Ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

    Dalam pada itu, Hajiji juga meminta orang ramai dan kalangan sektor swasta untuk memupuk sinergi ekonomi dengan membentuk kerjasama dan pembangunan ekonomi.

    Pada masa sama, beliau berkata Sabah juga berpotensi untuk bekerjasama dengan China dalam tenaga hijau, pembuatan, pertanian berteknologi tinggi dan pembangunan bandar pintar dalam menggalakkan manfaat bersama serta kerjasama yang saling menguntungkan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...