Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai mata wang Lubnan cecah tahap terendah

    BEIRUT, 14 MAC – Mata wang pound Lubnan merosot ke tahap paling rendah berbanding dolar di pasaran hari ini, perkembangan suram dalam krisis ekonomi yang telah menjejas teruk kebanyakan penduduk.

    Ditambat pada 15,000 berbanding dolar, pound sedang diniagakan pada 100,000 berbanding dolar, kata peniaga – kemerosotan mendadak daripada 1,507 sebelum krisis ekonomi meletus pada 2019.

    Nilai pasaran mata wang mencecah 60,000 berbanding dolar pada akhir Januari.

    Penurunan mata wang telah mencetuskan kenaikan harga termasuk bahan api, makanan dan barangan asas lain, dengan pasar raya pada bulan ini mula mengenakan harga produk dalam dolar.Meskipun krisis, golongan elit politik, yang telah dipersalahkan atas krisis kewangan negara, telah gagal mengambil tindakan.

    Sejak tahun lalu, negara itu tidak mempunyai presiden dan hanya kerajaan sementara, di tengah kebuntuan di antara pihak yang bertelingkah.

    “Lira telah menjadi tidak bernilai,” kata Abu Abbas, 75, yang memiliki sebuah gerai barang kemas di Jalan Hamra di Beirut.

    “Saya membeli ubat untuk isteri saya dengan harga 40,000 pound, sekarang ia berharga 900,000,” beritahunya kepada AFP. – AFP

    Gambar menunjukkan satu dolar AS (atas) daan 100,000 pound Lubnan di Beirut, Lubnan, kelmarin. Nilai mata wang Lubnan mencecah tahap amat rendah, diniagakan pada 100,000 berbanding dolar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda