Nilai R Nought COVID-19 perlu kekal di bawah 1

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kadar kebolehjangkitan iaitu R Nought COVID-19 yang terkawal mestilah berada di bawah nilai 1 dan dua minggu kebelakangan ini, nilai R Nought di Negara Brunei Darussalam kekal di bawah 1 dan pada minggu ini 0.8.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikannya ketika menjawab persoalan media pada sidang media harian yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Yang Berhormat Dato seterusnya mengingatkan, dengan kerjasama semua, negara dapat mengawal dengan lebih baik jika orang ramai sama-sama mematuhi apa juga saranan kerajaan bagi mengawal wabak COVID-19.