BAGAN DATUK – Bukan mudah mengolah barang terbuang untuk menghasilkan sesuatu yang indah dan bernilai. Namun itu yang berjaya dilakukan Muhammad Isa Che Rose, 39, anak kelahiran Kampung Sungai Nipah Darat, Rungkup (Daerah Hilir Perak). Insan berjiwa seni ini menjadikan tempurung dan batang kelapa sebagai sumber pendapatan dan berkat kegigihannya mampu memberikan pulangan yang lumayan.