Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ningxia tempat kelahiran bintang-bintang

    CHINA – Ningxia di China merupakan tempat yang unik di mana ia mempunyai keadaan cuaca yang cerah untuk melihat bintang-bintang yang berkerdipan. Oleh itu, ia juga digelar sebagai tempat kelahiran bintang-bintang.

    Tidak kira sama ada di Gunung Helan yang mengagumkan, padang pasir Shapotou yang luas, Tembok Besar yang berpanjangan atau pun di Lembah Besar Sungai Kuning, hampir semua tempat-tempat ini adalah tempat yang terbaik untuk melihat langit yang berbintang.

    Seluruh langit dipenuhi ribuan bintang ketika malam menjelang. Di sinilah, anda boleh bertemu dengan bintang-bintang.

    Gunung Helan yang tinggi dan diliputi hutan terletaknya pada garis lintang 38°N merupakan tempat yang baik untuk menyaksikan Bintang Altair dan Bintang Vega.

    Bintang Altair dapat dilihat jelas dari jauh manakala Bintang Vega kelihatan begitu terang-benderang. Kedudukan kedua-dua bintang ini saling bertentangan di Bima Sakti, sepertil legenda Tanabata yang diketahui ramai sejak beratus-ratus tahun dahulu, dan kini masih bersinar terang di galaksi.

    Pada waktu malam, sesuai untuk berkhemah dan bersantai dengan rakan-rakan di padang pasir Shapotou. Di sini, anda dapat melihat matahari terbit dan terbenam pada siang hari dan menyaksikan bulan dan bintang pada waktu malam, bersatu dengan alam, santai, di bawah langit berbintang yang luas. – Bernama

    Ningxia di China punyai tarikan tersendiri dengan bintang-bintang berkerlipan di kebanyakan tempatnya, sesuai untuk peminat astronomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda