Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Nini bini untuk disewa’

    SHINJUKU, 22 JULAI – Pernahkah awda berharap awda boleh bercakap dengan seseorang yang lebih berpengalaman tentang masalah awda, atau minta mereka memasak hidangan lazat di rumah khas untuk awda? Itulah gunanya perkhidmatan OK Nini dari Jepun.

    Client Partners adalah sebuah syarikat Jepun yang khusus dalam menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kemudahan, daripada pembersihan rumah dan penjagaan kanak-kanak serta haiwan peliharaan menurut Oddity Central.

    Walau bagaimanapun, perkhidmatan unik mereka yang benar-benar menarik perhatian ramai dan semakin popular adalah perkhidmatan OK Nini, yang menawarkan seorang warga emas wanita berumur antara 60 dan 94 tahun untuk disewa.

    OK Nini,atau OK Oppa-Chan telah dilancarkan pada 2012, dua tahun selepas penubuhan Client Partners, dan ia masih merupakan salah satu perkhidmatan paling popular syarikat berkenaan.

    Lebih daripada 100 warga emas yang diambil bekerja oleh syarikat tersebut yang kaya dengan pengalaman hidup dan percaya bahawa mereka masih boleh menyumbang kepada masyarakat, daripada kemahiran interpersonal kepada memasak atau sekadar menjadi teman kepada seseorang yang memerlukan.

    Lebih 100 warga emas sedia berkhidmat sebagai nini. – Gambar Oddity Central

    Laman web rasmi syarikat mengiklankan: “Kelebihan usia mereka adalah keupayaanya untuk tidak terpengaruh oleh perkara-perkara yang kecil. Mereka juga boleh memberi pertimbangan yang wajar terhadap perkara yang paling penting. Walaupun mereka mungkin kurang dari segi kekuatan fizikal dan kurang tangkas seperti orang yang lebih muda, namun kerja rumah dan kemahiran membesarkan anak mereka yang telah diasah selama bertahun-tahun, kemahiran komunikasi daripada hubungan dengan jiran dan saudara-mara, pengalaman hidup mereka yang kaya setelah mengharungi peristiwa baik dan buruk, dan kemesraan mereka menjadi kekuatan yang tidak boleh diganti.”

    Nini yang kaya dengan pengalaman hidup mungkin boleh membantu awda.- Gambar Freepik

    Dengan begitu ramai nini untuk dipilih, pelanggan hanya perlu menyatakan keperluan mereka syarikat akan mencadangkan calon yang tepat.

    Sesetengah nini adalah tukang masak yang handal dengan resipi tradisional, atau pakar pembersih rumah atau pengasuh dan ada juga yang mempunyai tulisan tangan yang cantik. Tetapi sebenarnya awda mungkin tidak perlu nini yang berkemahiran tinggi, cukup sekadar seseorang yang sudi mendengar dan beri nasihat yang bagus.

    Mungkin awda perlukan teman yang sudi mendengar. – Gambar Freepik

    “Saya mahu berpisah dengan teman lelaki saya, tetapi saya tidak sanggup memberitahunya, jadi saya mahu nini ikut saya,” kata seorang pelanggan.

    “Saya tidak mempunyai ramai saudara mara untuk hadir ke majlis perkahwinan saya, jadi saya mahu nini hadir sebagai ahli keluarga,” antara komen pelanggan lain.

    Untuk menyewa seorang nini, pelanggan perlu membayar yuran asas AS$23 ditambah dengan bayaran pengangkutan dan seda menangggung apa-apa perbelanjaan yang nini perlukan semasa perkhidmatannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda