NANJING, 8/9 September 2012 – Ye Tongxin, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Nanjing, China, mempunyai bakat yang amat unik.
Dia boleh memotong pelbagai buah dan sayur dengan melontar kad plastik dari jarak beberapa meter.
Kita boleh mengatakan bahawa dia adalah ‘ninja buah’ dalam dunia nyata.
Anda mungkin fikir Iddjob adalah hebat memotong barangan dengan topinya, tetapi kemahiran Tongxin adalah jauh lebih mengangumkan. Ye telah melatih kemahirannya sejak 10 tahun lalu, dan walaupun dia menghabiskan dua jam setiap hari melontarkan kad pada beg plastik tergantung. Selain daripada melontar kad, dia juga berlari di antara lapan dan 10 pusingan di kawasan tanah tinggi, kerana tidak seperti ninja pelontar kad lain, dia perlu memotong buah yang lebih besar seperti tembikai dan epal, bukan timun yang lembut sahaja.
Menurut Tongxin, kad yang dilontarnya bergerak 50 meter dalam setengah saat, jadi ia bermakna kad plastiknya melayang dari tangannya pada kelajuan 360km/s, sama cepat dengan kereta api berkelajuan tinggi. Tidak hairanlah ia boleh menembusi kulit tembikai dan epal hijau.
Rekod terbaik Tongxin setakat ini adalah 12 timun dalam 47 saat, tetapi dia merancang mencipta rekod Guinness baru, yang bermakna dia perlu memotong 19 timun dalam masa kurang satu minit.