Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ninoh Cycling adakan kunjungan balas berbasikal

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Enam orang ahli dari kumpulan Ninoh Cycling, Miri, Sarawak yang diketuai oleh Awangku Idrus bin Pengiran Othman hari ini mengadakan acara kunjungan balas berbasikal ke Negara Brunei Darussalam.

    Kunjungan tersebut telah dialu-alukan oleh Kumpulan Oil Town Cycling (OTC) yang terdiri daripada lima ahli dan 11 orang dari Panaga Foldies, di Daerah Belait.

    Acara tersebut merupakan kesinambungan daripada acara kayuhan yang telah diadakan sebelumnya pada 5 Febuari 2023 oleh kumpulan OTC dan Panaga Foldies ke Miri Sarawak.

    Rombongan berbasikal dari Miri bermula dari Pos Kawalan Miri masuk ke sempadan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Daerah Belait, disambut oleh ketua dari OTC, Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah dan ketua dari Panaga Foldies, Pengiran Affandi bin Pengiran Haji Damit.

    Rombongan kayuhan yang terdiri daripada golongan veteran dan warga emas berumur sehingga 69 tahun dari Miri dibawa terus dari sempadan Sungai Tujoh melalui jalan bypass KB/SR, menuju ke Tugu Peringatan Sebilion Tong dan I Love Seria.

    Kayuhan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pengibaran bendera kecil Negara Brunei Darusaslam, sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 yang akan disambut pada minggu ini.

    Acara tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua negara sekali gus bagi sama-sama menjaga kesihatan dan juga diharap agar ia akan menjadi kenangan dan ristaan pada masa depan.

    Rombongan berbasikal daripada Ninoh Cycling sempat bergambar ramai semasa tiba di Daerah Belait. – GAMBAR SERAHAN ZAINAL AS

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...