Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nintendo, Sony perkenal permainan baharu

    TOKYO, 17 OKT – Nintendo dan Sony banyak bergantung pada dua keluaran baharu Jumaat ini, ‘Marvel’s Spider-Man 2’ untuk PlayStation 5 dan ‘Super Mario Bros Wonder’ di Switch.

    Di situlah persamaan berhenti: dua permainan pada konsol saingan dan penonton sasarannya adalah berbeza.

    Watak Mario menjadi salah satu yang paling terkenal dalam permainan, memacu kejayaan Nintendo Jepun, dengan lebih daripada 420 juta unit dijual untuk siri ‘Super Mario’ sahaja.

    Manakala ‘Spider-Man’ muncul sebagai wira dalam komik Marvel pada awal 1960an dan pertama kali muncul dalam permainan video pada 1990an, tetapi tanpa meraih kejayaan besar.

    Untuk permainan baharu, Nintendo dan Sony telah memilih, seperti yang sering berlaku, pendekatan yang amat berbeza. Dengan konsol Switch dalam tahun ketujuhnya, Nintendo akan ber-alih kepada era lama dengan penatal sisi 2D, yang pertama sejak 2012.

    Namun di bawah Takashi Tezuka, pencipta bersama francais itu, pasukan pembangunan telah membawa masuk kuasa baharu seperti ‘Wonder Flower’ yang menggerakkan Mario ke dimensi baharu alam nyata atau mengubahnya menjadi gajah.

    Sementara itu, Sony telah berbelanja banyak untuk membangunkan ‘Marvel’s Spider-Man 2’, grafiknya memacu kapasiti teknikal PlayStation 5 ke tahap maksimum untuk membolehkan Peter Parker dan Miles Morales bertarung dengan Kraven the Hunter dan penjahat lain. – AFP

    Seorang pekerja berdiri bersebelah dengan skrin yang menunjukkan watak daripada permainan video Nintendo Super Mario di kedai Nintendo di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda